Apabila aku balik kampung mesti aku tak akan melepaskan peluang menikmati pengat keledek buatan tangan nenek aku. sangat lazat pencuci mulut ini. seperti biasa pencuci mulut pengat keledek biasanya di makan sebelum makan makan berat seperti nasi. hendak di makan pada waktu petang pun boleh. Tak ada siapa nak larang.
bahan yang disediakan :
gula melaka, tepung jagung, keledek, santan.
persediaan :
- keledek dipotong dadu.
- gula melaka dipotong hancur supaya air gula melaka mudah larut.
- santan diperah
- air tepung jagung sedikit.
cara-cara membuat
- didihkan air dalam periuk
- kemudian larutkan air gula melaka, santan dan tepung jagung.
- apabila sudah mendidih dan larutan sudah sebati, potongan dadu keledek dituang dalam periuk.
- apabila keledek sudah lembut. api dimatikan.
- boleh dihidang dalam mangkuk.
SELAMAT MENJAMU SELERA
No comments:
Post a Comment