kuih melaka kebiasaannya dijadikan sebagai makanan pencuci mulut. Nenek aku suka buat kuih melaka ni ketika Bulan Ramadhan menjelma. intinya biasalah gula melaka yang diketuk halus. kenapa tepung dia berwarna kuning??
Thursday, May 31, 2012
kuih melaka
Labels:
kuih melaka,
kuih muih,
pencuci mulut
Location:
Senggarang, Johor, Malaysia
Wednesday, May 30, 2012
mee udang cheq sity
bahan-bahan :
udang basah ,
mee kuning,
sayur brokoli,
sambal giling,
bawang besar,
bawang putih,
pati ayam maggi,
garam.,
cara membuatnya :
- buat perencah menggunakan bawang besar dan bawang putih
- giling sambal
- rebuskan mee kuning hingga menjadi putih
- panaskan minyak
- tumiskan perencah sehingga naik bau
- letak pati ayam, sedikit garam
- tuangkan sedikit sambal giling
- tumis sehingga sambal menjadi masak
- tuangkan sedikit air kedalam kuali
- letakkan udang basah
- letakkan sayur brokoli
- masukkan rebusan mee
- kacau sehingga rata
- apabila sudah siap, matikan api dan masakan sudah sedia untuk dihidang. sekian.
Pengat Keledek Johor
Apabila aku balik kampung mesti aku tak akan melepaskan peluang menikmati pengat keledek buatan tangan nenek aku. sangat lazat pencuci mulut ini. seperti biasa pencuci mulut pengat keledek biasanya di makan sebelum makan makan berat seperti nasi. hendak di makan pada waktu petang pun boleh. Tak ada siapa nak larang.
bahan yang disediakan :
gula melaka, tepung jagung, keledek, santan.
persediaan :
- keledek dipotong dadu.
- gula melaka dipotong hancur supaya air gula melaka mudah larut.
- santan diperah
- air tepung jagung sedikit.
cara-cara membuat
- didihkan air dalam periuk
- kemudian larutkan air gula melaka, santan dan tepung jagung.
- apabila sudah mendidih dan larutan sudah sebati, potongan dadu keledek dituang dalam periuk.
- apabila keledek sudah lembut. api dimatikan.
- boleh dihidang dalam mangkuk.
SELAMAT MENJAMU SELERA
Subscribe to:
Posts (Atom)